Imam Ahmad menyampaikan hadis, beliau menceritakan tentang rawi-rawinya satu persatu sehingga sampai kepada Rasulullah. Hal ini amat penting dalam pengajaran hadis kerana sifat-sifat perawinya dari segi amalan, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.